Sungguh , masih lagi banyak cacat cela dan kekurang dalam setiap bicara dan nukilanku ini . Tanpa pengalaman tidak dapat untuk kita mengembangkan ilmu yang kita perolehi . Cukup mengambil masa untukku lalui semua ini , dan banyak dugaan dan cabaran harus di tempuhi . Sehingga kini aku masih lagi tidak tahu tajuk sebenar nukilanku berkenaan dengan apa . InsyaAllah , jika diizinkan Allah aku teringin menghasilkan sebuah cerpen ataupun kisah novel yang bermanfaat untuk semua orang yang membacanya . Aku yakin bahawa masing-masing mempunyai sejarah dan kisah hidup yang berlainan . Ada yang suka dan ada yang duka .. Begitu juga dengan aku , aku ingin menghasilkan sesuatu yang berkait rapat dengan diriku sendiri . Supaya jika aku sudah menutupkan mata ini dengan tenang , dapat juga keturunan keluargaku membaca dan secara tidak langsung dapat berkongsi cerita tentang hayat hidupku ini .
Jika dibandingkan diriku ini dengan pengarang novel yang terkenal dan pencipta sajak atau puisi yang lain memang diri ini tidak layak untuk bersama setanding dengan mereka . Tetapi dengan usaha yang kental dan tidak putus asa , kita dapat untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna dan menarik . Dengan merujuk dan menjadikan sumber inspirasi dari novel yang aku beli dan info-info yang menarik di dalamnya membuatkan aku lebih bersemangat dan berkeyakinan tinggi dalam menghasilkan keinginanku ini . Kisah ini ada juga aku mencari inspirasi dari blog rakanku yang lain .
Dari masa ke semasa akanku update ke blogku ini , samada cepat mahupun lambat sahaja cerita ini akan bersambungan . Sungguh , aku tidak tahu apa-apa tentang membinaan cerpen atau novel ini . Aku tidak pandai untuk menyusun kata-kata atau menyusun cerita mengikut urutan . Sehinggakan mungkin bila seseorang yang mahir dalam bidang ini membaca atau terlihat untuk menjadikan sebuah cerita hidup seorang hamba yang terkapai-kapai di dalam lautan bergelora untuk mencari arah tujuannya .
No comments:
Post a Comment