ASSALAMUALAIKUM
WBT
Sering
kali diri ini merasakan bahawa sudah cukup sempurna dalam meniti
kehidupan ini . Namun , hakikatnya diri ini masih lagi jahil tentang
perkara-perkara berkaitan tuntutan sebagai seorangkhalifah di muka
bumi Allah ini . Sesungguhnya begitu malu untuk meminta ampun
kepadaNya atas apa yang telah diri ini lakukan . Begitu hina rasanya
diri ini apa bila mengenang kembali sejarah silamku itu . Namun aku
percaya bahawa Allah sentiasa menunggu hambanya bersujud menyembah
kebumi meminta ampun kepadaNya . Diri ini masih tidak cukup amalan
dan masih kerdil dalam mencari ilmu yang bermanfaat . Terlalu banyak
cacat celanya dalam ibadahku ini ya Rabb . Astaghfirullah Al' azim
...
Betul
, diriku ini masih terlalu jahil . Masih tidak tahu erti sebenar dan
masih tidak memahami apa maksud ' meletakkan Allah di tempat yang
teratas . Berkemungkinan aku hanya melakukannya kerana ikutan bukan
kerana kefahaman . Memang mudah untuk berkata tetapi hakikatnya susah
untuk melakukannya serta mengamalkannya . Apakah erti hidup ni jika
kita tidak meletakkan Allah di puncak yang teratas ?? Sedangkan kita
dijadikan kerana untuk menyembah kepadaNya ..
Jika
mengimbas kembali apa yang berlaku semua tentang amalanku dari segi
solatku , ibadahku , waktu yang aku biarkan terbuang tanpa melakukan
perkara yang berfaedah . Sungguh aku menyesalinya sehinggakan menitis
air mata ini untuk mengenang kembali apa yang terjadi . Andai aku
dapat mengundur masa yang lampau , akanku memperbaiki semua amalanku
Ya Rabb . Namun aku tahu itu tidak akan dapat berlaku . Dulu aku
hanyut dan leka bersama kemeriahan disekelilingku ini . Memang aku
lemah untuk melawannya tetapi aku akan mencuba untuk melindungi diri
ini dari melakukan perkara yang sia-sia . Ya Allah ampunkan aku . Aku
ini hamba yang lemah dan sering alpa .
Selama
ini aku terlalu ambil mudah tentang semua hal ini . Menutup aurat ,
solat , puasa dan taat kepada ibu bapa itu sudah memadai . Aku hanya
berpegangkan kepada rukun iman dan rukun islam , tetapi aku tidak
cukup mengamati keseluruhan maksud setiap satu itu . Sungguh cetek
ilmu dan pengetahuanku ini walaupun telah dilahirkan sebagai seorang
Islam . Jangan kau palingkan hatiku setelah Engkau berikan aku
petunjukmu . Bimbinglah aku Ya Rabb ..
~~
Salam Ukhwah Fillah ~~
.jpg)
No comments:
Post a Comment