Even kiena dah lama tak update blog ini tapi kiena tak pernah lupa tentang blog tercinta kiena ini . kiena memang nak update blog ni tapi tak sempat untuk meluangkan masa dengan blog ini . BTW , kiena nak cerita pasal perkara-perkara yang berlaku selepas ambil result . dengan keputusan yang tak berapa bagus ibu dan ayah banyak menasihatkan kiena . dengan adanya kakak-kakak kiena telah diberi banyak ceramah percuma . kadang-kadang terasa macam kiena tersepit di antara diri kiena sendiri dan maruah family . kiena perasan family rasa malu kerana result tak bagus tapi nak buat macam mana , even kita nak menyesali atau tak terima apa yang berlaku tapi mana boleh kita nak tukar benda yang berlaku . masa tidak boleh diundur lagi . tetapi kita boleh berubah untuk masa depan . kiena nak didik diri kiena macam mana nak menulis novel . best sikit dapat taip dekat laptop sentiasa . tapi tunggu kiena ada laptop sendirilah . okey , sambung cerita tadi , selepas hari Rabu dan bertarikh 19.12.2012 kiena terus rasa down untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran . ramai kawan-kawan kiena dapat 8A dalam PMR . tapi ramai juga yang kata PMR is nothing but SPM is everything . so now kiena nak try focus untuk nanti SPM . takut memang rasa sentiasa , malu pun ada .tapi siapa saja yang tahu apa yang ada dalam diri kita . and now parents decide untuk kiena just sekolah dekat SMK Dato' Seth . sekolah tu dekat je dengan rumah . so kiena tak duduk asrama TIGS lagi . berat sangat hati nak tinggalkan TIGS setelah sudah berada dekat situ 3 tahun . pelbagai pengalaman , rintangan , dan gelak ketawa terbina di situ . tapi apakan daya kita hanya merancang tuhan yang menentukan . even kiena banyak buat masalah dan kerenah dekat TIGS tu , tapi sekolah tu lah yang paling seronok yang kiena rasa . tetapi bagaimana pun kiena harus belajar menerima apa yang berlaku . setiap yang berlaku pasti ada hikmah . kiena akan belajar untuk menerimanya . bak kata orang pengalaman mematangkan diri . so tanpa di sedari kiena boleh ada banyak pengalaman , dengan cara berpindah ke sekolah lain kita boleh kenal ramai orang dah pelbagai ragam . kiena akan cuba melalui apa yang berlaku . kalau nak diikutkan banyak lagi kiena nak tulis , mungkin sampai esok pun tak habis nak ceritakan . masa sangat mencemburui kiena now kiena ada kerja lain pula . BTW , kalau ada apa-apa cerita dan ada masa kiena akan update lagi . sekian untuk kali ini . jumpa lagi di masa yang akan datang . wassalam .
MySelf XOXO ~ KIENA .
No comments:
Post a Comment