Kan betul aku cakap sebelum ni belum tentu lagi bila aku ada masa untuk luangkan masa nak menarikan jari dekat Budak Hingusan ni😜. So hari ni mood karang aku baru sampai disamping sebenarnya aku tengah nak buat portfolio,website, update resume aku pebenda semua tu💢. tapi akhirnya mood aku yang tu lari and mood mengarang pula datang. so alang alang tu teruslah jalan je. hahaa😏
So hari ni kita cakap pasal friendship lah dulu, lain kali baru aku up pasal air terjun chamang pula. Mood aku pun memang tak menentu lah. so layan jelah babe😖...
So kita semua mesti ada macam macam jenis kawan kan sepanjang hidup kita ni. ada kawan yang berguna ada yang tak berguna💫.. Itu semua perkara biasa right. but kawan yang paling hebat ialah dia boleh jadi yang paling berguna dan bila bergurau dia yang paling tak berguna😈. hahahaa. maksud aku dekat sini yang boleh layan otak kita yang gila ataupun pandai gembirakan kita bila kita ada masalah💚. Actually kita kena bersyukur kalau kita diuji dengan pelbagai jenis orang dalam hidup ni.
Atleast kita boleh sentiasa berhati hati lepas ni💪. But ingat tak semua yang baik depan kita tu belakang pun dia baik juga. Aku tak cakap semua orang macam tu, tapi mostly macam tu lah nampak gayanya. bila ada yang boleh dorong kau jadi lebih baik and boleh layan gila kau tu silalah hargai dia 💗. Kita bukan perlu cari pasangan je yang betul tapi nak cari kawan ni pun kena betul betul. jangan main sebat je dengan orang yang ada depan mata😣. Nak jadikan kenalan boleh lah tapi kalau nak jadikan kawan tu kena berhati hati, sebab kadang ni dia boleh meracun pemikiran kita. Itu yang aku belajar dari pengalaman sebelum ni lah.
Okay aku nak cakap tentang kawan istimewa aku pula lepas ni. selesai dah aku bebel untuk umum dekat atas tu. now untuk aku describe kawan aku pula💖. memang sebenarnya aku takda hak nak describe orang lain, tapi ini tentang keistimewaan and kelebihan dia sepanjang aku kenal dia💞. Inshaallah takda yang jahat jahat pun dalam ni. Aku buat benda ni supaya kalau satu hari nanti aku dah takda so mungkin dia ada terbaca benda ni. "kalau mungkin lah"🙈
STARTING WITH MY DEAR
Okay,, even dia paling baru aku kenal but dia ada something yang buat aku selesa berkawan dengan dia. even tak luahkan apa yang buat aku selesa tu pun takpa sebab benda tu takdapat describe dari kata kata💕. tapi aku harap sangat persahabatan ni sentiasa terjalin selamanya😜. Just aku nak beritahu dia special. okay foine dia cute doh. aku jadi housemate dia ni alahai awat cute sangat perangai kau ni. kadang aku segan dekat dia😶. tapi alhamdulillah dia masih nak kawan dengan aku. Semoga berkekalan even masa awal dulu aku tak sangka pun boleh jadi kawan yang special sampai macam ni. dia terbaikk💋
And this bawang girls budak dari 5 tahun aku kenal. Pergh jangan cakap lah apa yang tak pernah buat😇. Pernah jadi musuh, kawan rapat, musuh dalam diam, baik semula dan akhirnya jadi sekepala semuanya. masing masing dah ada partner and aku sorang je yang takdo🙇. hahaa. so kita tunggu jemputan nasi minyak dari mereka ni. aku bukan takdo, cuma semuanya aku masih anggap macam kawan and act aku takut tersalah pilih and buat merana seumur hidup nanti lagi payah🙍. Tapi bukan ni aku nak cakap👵. ahaha. This bawang girls is paling harem bila dapat bergabung💃. act ada lagi bawang bawang lain tapi takda dalam gambar, and kami classmate dari sekolah rendah lagi👊. hahahaha. Tu yang membawang sentiasa tu, cuma bila dah besar ni jaranglah tunggu berkumpul baru jadi bawang balik👅. Hahahaa
This person is special act🙈.. Tapi yang aku nak cakap dia baik, kuat and deabakk💪💪. dia classmate aku. and aku banyak benda belajar dari dia samada yang best ataupun kurang best pun ada. first time aku kenal dia dulu aku rasa macam nak pi rapat dengan dia tapi tah mana tak keberanian aku masa tu. hahahaha. matilanak👾👾. tapi so far kita orang banyak share ilmu and pengalaman yang pernah hadap dulu. now kita orang kawan melalui hati je💩. hahahaa. aku takpandai lah nak mulakan semula conv😐. okay chaw yang ni takda nak borak panjang😆. sebab otak aku dah mula beku balik. sejukk siak malam ni😪. haha
Braces gal !. dia pandai.. hahaha itu je yang aku dapat cakap 😂. Okay dia bagi semangat dekat aku time kita orang study. and bila dah habis study ni alhamdulillah still lagi contact each other. minah ni ada habit tau once dah pindah tempat dia jenis takmau contact balik orang tu😁. kiranya macam cite situ habis situ lah💀. tapi nasib baik dengan aku ni dia masih lagi sama macam dulu and alhamdulillah masih ngam and ingat aku kalau ada pape roger balik dekat aku. hope kita tak lost contact😉. inshaallah Allah akan jaga persahabatan kita💫. Syukur Allah kenalkan aku dengan kau. Sayang kau braces❤
Dia is someone😅. okay dia banyak sangat ajar aku erti kehidupan. aku takpernah menyesal kenal dia sebab semua yang berlaku tu aku tahu ujian and pengajaran untuk kita💪. Atleast aku ada tulis pasal kau dekat blog aku. it means kau ni bermakna untuk aku💗. coz banyak gila kita hadap benda. and jujur aku kata kau ajar aku erti kekuatan and aku dapat kekuatan lepas dengan kau✊. tapi bad side dia kadang aku jadi kejam💢. tapi tak selalu lah. hahahaa. banyak gila doh yang berlaku sampaikan satu tahap memang itu pengakhiran sebuah cerita. cehhh macam harem siak💩💩. Okay takda benda lagi nak cakap pasal dia sebab aku dah takda idea malam ni. so semua ni sangat berharga untuk aku and tak ternilai setiap sorang💝
hahahahahahaa. so perasan tak semua aku cerita kawan dengan perempuan👯. sebab perempuan dengan lelaki takkan boleh jadi kawan sahaja👫. mesti ada benda yang menyusul, act ada satu dua tu memang lah kawan tapi rules dengan lelaki ni lain sikit baru boleh jadi kawan yang betul betul baek punya. sebab tu taksemua boleh buat kawan💢. tapi kenalan memang ramai. so memang betul lah fakta yang cakap lelaki dengan perempuan tak boleh berkawan mesti ada perasaan sayang tu lahir💞. tapi memang tak dinafikan kawan dengan lelaki ni gile sempoi and selesa gila👍. normal lah tu ada good side dengan bad side. so baru complete kan semua tu.
act ada banyak lagi nak bebel tapi idea aku dah lari pula. plus bateri pun dah low mata pun dah mengantuk so kita rehat dululah💤💤. akan datang mungkin ada lagi topik yang syok kalau aku nak cerita ke apa😉. hahaa.see ya👋