-->

,

ASSALAMUALAIKUM HII.. WELCOME TO MY BLOG.. ENJOY IT =)

Tuesday, 20 March 2018

FRIENDSHIP :D

Assalamualaikum. 👋

Kan betul aku cakap sebelum ni belum tentu lagi bila aku ada masa untuk luangkan masa nak menarikan jari dekat Budak Hingusan ni😜. So hari ni mood karang aku baru sampai disamping sebenarnya aku tengah nak buat portfolio,website, update resume aku pebenda semua tu💢. tapi akhirnya mood aku yang tu lari and mood mengarang pula datang. so alang alang tu teruslah jalan je. hahaa😏

So hari ni kita cakap pasal friendship lah dulu, lain kali baru aku up pasal air terjun chamang pula. Mood aku pun memang tak menentu lah. so layan jelah babe😖...

So kita semua mesti ada macam macam jenis kawan kan sepanjang hidup kita ni. ada kawan yang berguna ada yang tak berguna💫.. Itu semua perkara biasa right. but kawan yang paling hebat ialah dia boleh jadi yang paling berguna dan bila bergurau dia yang paling tak berguna😈. hahahaa. maksud aku dekat sini yang boleh layan otak kita yang gila ataupun pandai gembirakan kita bila kita ada masalah💚. Actually kita kena bersyukur kalau kita diuji dengan pelbagai jenis orang dalam hidup ni.

Atleast kita boleh sentiasa berhati hati lepas ni💪. But ingat tak semua yang baik depan kita tu belakang pun dia baik juga. Aku tak cakap semua orang macam tu, tapi mostly macam tu lah nampak gayanya. bila ada yang boleh dorong kau jadi lebih baik and boleh layan gila kau tu silalah hargai dia 💗. Kita bukan perlu cari pasangan je yang betul tapi nak cari kawan ni pun kena betul betul. jangan main sebat je dengan orang yang ada depan mata😣. Nak jadikan kenalan boleh lah tapi kalau nak jadikan kawan tu kena berhati hati, sebab kadang ni dia boleh meracun pemikiran kita. Itu yang aku belajar dari pengalaman sebelum ni lah.

Okay aku nak cakap tentang kawan istimewa aku pula lepas ni. selesai dah aku bebel untuk umum dekat atas tu. now untuk aku describe kawan aku pula💖. memang sebenarnya aku takda hak nak describe orang lain, tapi ini tentang keistimewaan and kelebihan dia sepanjang aku kenal dia💞. Inshaallah takda yang jahat jahat pun dalam ni. Aku buat benda ni supaya kalau satu hari nanti aku dah takda so mungkin dia ada terbaca benda ni. "kalau mungkin lah"🙈

STARTING WITH MY DEAR


Okay,, even dia paling baru aku kenal but dia ada something yang buat aku selesa berkawan dengan dia. even tak luahkan apa yang buat aku selesa tu pun takpa sebab benda tu takdapat describe dari kata kata💕. tapi aku harap sangat persahabatan ni sentiasa terjalin selamanya😜. Just aku nak beritahu dia special. okay foine dia cute doh. aku jadi housemate dia ni alahai awat cute sangat perangai kau ni. kadang aku segan dekat dia😶. tapi alhamdulillah dia masih nak kawan dengan aku. Semoga berkekalan even masa awal dulu aku tak sangka pun boleh jadi kawan yang special sampai macam ni. dia terbaikk💋



And this bawang girls budak dari 5 tahun aku kenal. Pergh jangan cakap lah apa yang tak pernah buat😇. Pernah jadi musuh, kawan rapat, musuh dalam diam, baik semula dan akhirnya jadi sekepala semuanya. masing masing dah ada partner and aku sorang je yang takdo🙇. hahaa. so kita tunggu jemputan nasi minyak dari mereka ni. aku bukan takdo, cuma semuanya aku masih anggap macam kawan and act aku takut tersalah pilih and buat merana seumur hidup nanti lagi payah🙍. Tapi bukan ni aku nak cakap👵. ahaha. This bawang girls is paling harem bila dapat bergabung💃. act ada lagi bawang bawang lain tapi takda dalam gambar, and kami classmate dari sekolah rendah lagi👊. hahahaha. Tu yang membawang sentiasa tu, cuma bila dah besar ni jaranglah tunggu berkumpul baru jadi bawang balik👅. Hahahaa



This person is special act🙈.. Tapi yang aku nak cakap dia baik, kuat and deabakk💪💪. dia classmate aku. and aku banyak benda belajar dari dia samada yang best ataupun kurang best pun ada. first time aku kenal dia dulu aku rasa macam nak pi rapat dengan dia tapi tah mana tak keberanian aku masa tu. hahahaha. matilanak👾👾. tapi so far kita orang banyak share ilmu and pengalaman yang pernah hadap dulu. now kita orang kawan melalui hati je💩. hahahaa. aku takpandai lah nak mulakan semula conv😐. okay chaw yang ni takda nak borak panjang😆. sebab otak aku dah mula beku balik. sejukk siak malam ni😪. haha



Braces gal !. dia pandai.. hahaha itu je yang aku dapat cakap 😂. Okay dia bagi semangat dekat aku time kita orang study. and bila dah habis study ni alhamdulillah still lagi contact each other. minah ni ada habit tau once dah pindah tempat dia jenis takmau contact balik orang tu😁. kiranya macam cite situ habis situ lah💀. tapi nasib baik dengan aku ni dia masih lagi sama macam dulu and alhamdulillah masih ngam and ingat aku kalau ada pape roger balik dekat aku. hope kita tak lost contact😉. inshaallah Allah akan jaga persahabatan kita💫. Syukur Allah kenalkan aku dengan kau. Sayang kau braces❤



Dia is someone😅. okay dia banyak sangat ajar aku erti kehidupan. aku takpernah menyesal kenal dia sebab semua yang berlaku tu aku tahu ujian and pengajaran untuk kita💪. Atleast aku ada tulis pasal kau dekat blog aku. it means kau ni bermakna untuk aku💗. coz banyak gila kita hadap benda. and jujur aku kata kau ajar aku erti kekuatan and aku dapat kekuatan lepas dengan kau✊. tapi bad side dia kadang aku jadi kejam💢. tapi tak selalu lah. hahahaa. banyak gila doh yang berlaku sampaikan satu tahap memang itu pengakhiran sebuah cerita. cehhh macam harem siak💩💩. Okay takda benda lagi nak cakap pasal dia sebab aku dah takda idea malam ni. so semua ni sangat berharga untuk aku and tak ternilai setiap sorang💝

hahahahahahaa. so perasan tak semua aku cerita kawan dengan perempuan👯. sebab perempuan dengan lelaki takkan boleh jadi kawan sahaja👫. mesti ada benda yang menyusul, act ada satu dua tu memang lah kawan tapi rules dengan lelaki ni lain sikit baru boleh jadi kawan yang betul betul baek punya. sebab tu taksemua boleh buat kawan💢. tapi kenalan memang ramai. so memang betul lah fakta yang cakap lelaki dengan perempuan tak boleh berkawan mesti ada perasaan sayang tu lahir💞. tapi memang tak dinafikan kawan dengan lelaki ni gile sempoi and selesa gila👍. normal lah tu ada good side dengan bad side. so baru complete kan semua tu.

act ada banyak lagi nak bebel tapi idea aku dah lari pula. plus bateri pun dah low mata pun dah mengantuk so kita rehat dululah💤💤. akan datang mungkin ada lagi topik yang syok kalau aku nak cerita ke apa😉. hahaa.see ya👋




SUKE?? COMMEN LAH =)

Posted by | BUDAK HINGUSAN | at 12:09 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 14 March 2018

BILA BACA BALIK POST LAMA :D

Ahahahahaa👅... 
wehh serious berdekah wehh bila aku baca post lama aku dekat blog ni. aku sarankan pada siapa yang baru je jumpa link blog ni tolong lah jangan baca post lama aku tu. Merapu, merepek, kerepek semua adalah. Nak padam balik sayang sebab aku dapat ingat balik macam mana situasi dulu aku share cerita dekat blog ni. Ada pasal crush lah, pasal pakwe lah, pasal pointer lah💢. Macam macam lagi. masalahnya aku tak boleh tahan dulu aku bahasakan diri daku,kiena,saya, i u , hahaha😅. Geli pun ada. lepasni blog ni maybe lebih santai je. Sebab aku nak chill chill je tulis ni. And aku tulis pasal diri aku, apa yang aku lalui. Aku bukan nak tayangkan blog ni pada orang lain pun. 😉

Lepas ni maybe aku nak share tentang kawan dekat Akademi Binaan Malaysia and trip kita orang pergi ke pantai chamang. Just stay tuned if u want ❤




SUKE?? COMMEN LAH =)

Posted by | BUDAK HINGUSAN | at 06:33 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MASA TERLUANG...

Assalamualaikum. Haha

Finally aku dapat juga try untuk cari masa buat coretan dekat budak hingusan ni. So aku nak cerita pasal vacation lah dulu, disebabkan lepas ni pun aku taktahu bila lagi dapat jari aku menari dekat keyboard ni😁. So first short vacay aku tu tahun lepas. Masatu rasa nak spend time dengan wawa and yun(bf wawa) lah kan. Memandangkan yun pun study dekat penang, so ada lah tour guide kita orang kalau ke sana. haha. Actually niat asal nak teman wawa pergi ke ipoh sebab ada site visit untuk company dia. Tapi masatu dia praktikal dekat sana so dia yang kena conductlah site visit masjid lama tu. As a friend yang tahu aku pun suka berjalan, dia pi lah ajak aku sekali mana tau aku nak follow. And my answer is ofcoz yes lah kan... Infact aku pun baru lepas dapat elaun masatu. so pasal duit belanja insyaAllah takda masalah. ahhaa. So pendekkan cerita jumaat malam(3 march 2017) kita orang gerak naik bus ke perak...

So sampai perak tu awal pagi sabtu lah kann. kita orang lepak dekat mamak kat stesen bus sana dulu. alamak aku lupa pula apa nama stesen bus tu😆😆.. Okay first kita orang need to finished the task tentang site visit tu dululah kan . baru ngam nanti kalau jalan makan angin. kita orang ambil grab dari stesen bus tu hingga ke site. then guna grab yang sama patah balik ke stesen bus tu untuk ambil bus pi jeti nak ke penang.

Ni baru je sampai dekat perak awal pagi tuu.

Haa ni lah masjid lama yang wawa kena buat site visit tu. dia orang nak tambah kawasan landskap keliling masjid ni. tu yang kena tengok kawasan sat👅

pendekkan masa ni lah hotel kita orang checkin untuk letak barang and tukar baju bagai. bilik biasa je sebab kita orang takmau lepak lama pun dalam hotel. kita orang nak ronda ronda penang ni haa. so settle mandi tukar baju semua kita orang jalan ~👀~

Okay lepastu kita orang google sat mana yang menarik dekat dengan hotel ni... so dapatlah upside down house, cat cafe (tapi takmasuk sebab mahal. haha) so pusing kat bawah tu jap sebab ada barang barang yang ada gambar kucing.. Then kita orang tak lepaskan peluang rasa ais kepal sana, and banyak gila dia orang jual dream catcher dekat sana. cantik cantik semuanya. tapi kena pandai cari kedai yang murah lah. so far aku takda lah ingat semua yang kita orang cuba dekat sana. aku akan ceritakan mana yang ada gambar je. haha. ohh ya kita orang makan dekat kedai arab yang banyak sambutan dekat sana. and kita orang pi kat penang hill !💖.. Itu yang penting. tapi aku takdalah pi makan dalam tu. memang harga dia aku tak tertarik langsung. hahaha. aku nak memori je aku taknak buang duit sangat dengan beli makanan yang mahal mahal. haha so jom tengok gambar 😏😏

Lepas settle bersiap and ambil bus pergi ke penang hill ni so kita ber wefie lah dekat atas ni. memang ramai orang and tenang je plus ada kabus tu ala ala macam jauh je merantau. haha

u guys memang awesome and all become easy sebab kita tak banyak bunyi pun. kita gerak je mana terlintas and yang penting semua affordable lah. haha. thats why aku tanya bila lagi kita nak repeat trip sama lagi😃😃

semoga segalanya dipermudahkan untuk kalian . Amiin.

kebetulan pula ada maskot time tu, aku ni acah berani je masatu. dia nak pegang bahu aku pun dah geli teruk dah. padahal nak bergambar je. haha

Ohh Allah, Terima kasih kerana kau hadirkan dia untuk menjadi kawan dan sahabatku. dan aku harap kau kekalkan hubungan kami ini selamanya. jauhkan dari segala pertelingkahan antara kami. Aku bersyukur dapat kenal dengan dia seorang insan yang baik💙

 Malam tu kita orang makan dekat restoran arab. apatah nama dia. hahaa. 👍👍👍

Aku tak akan lupa kau. Inshaa Allah akan kekal hubungan persahabatan kita ni. 
Cc : Nurza'im Najwa binti Zainurin

we had a great and awesome memories together 💕

Friendship 5 year still counting.

 we feed the rabbit there ❤

never forget u friends

 Sebelum balik ke kl pekena lah dulu ais kepal. rasa di cenggini👍👍

Aku rasa basikal ni sangat famous 😜😜

Acah sikit lah kalini bergambar dekat igloo. 

Experience aku pergi dekat upside down house ni kan.. jarang gambar aku jadi. ahha aku takberjaya lah macam mana nak gambarkan imaginasi macam korang. haha👅👅

Yang ni pun aku takdapat bayangkan apa benda sebenarnya nak kena buat. haha imaginasi aku tak ngam dengan benda alah ni. aku pergi upside down dekat melaka pun macam hampeh juga hasilnya. and aku buat conclusion kalau nak pergi trip takpayah pergi tempat macam ni. buang duit  😃😁💢



Haa yang ni aku dapat bayangkan yang aku tengah beku dalam bongkah ais ni. kesian wawa kesejukan dekat sebelah tu. haha

ni dalam perjalanan nak ke tepi laut tu haa. apa tah tempat dia. haha.

i want u to know that i love u so much wawa 💕

act time ni masing masing dah mula penat and dah nak balik dah time ni. 

dekat feri otw balik daa👋👋👋

So far ni lah sedikit sebanyak aku dapat throwback trip to penang dengan kawan. Actually disebalik ni semua ada sorang yang aku tak sebut and aku pun tak kenal dia sangat pun tapi dia beria nak ikut kita orang pergi penang ni. Aku baru kenal dia berapa bulan entah, kononnya nak jadi jodoh aku 😖😖, tapi entah mati mana entah orangnya. well kan aku dah cakap bila banyak kawan and senang berkawan ni macam macam orang kita akan jumpa. So aku tak pelik lah orang macam dia tu. skinny semacam,.. Balik dari trip ni aku terus tak pernah dengar berita tentang dia, And dia pun tak ada contact balik dengan kita orang untuk bayar balik hutang duit yang kita orang pinjamkan. 

Katanya otw datang dari johor tu duitnya hilang.. Tapi still nak follow kita orang, dengan berbekalkan 50 ringgit je dia yakin boleh sampai penang. hahaha .. malas lah nak buka topik pasal dia. Yang penting mudah mudahan aku takda jumpa atau terserempak dengan dia lagi lepas ni. Semoga aku lupa memori yang ada dia tu. haha. Jahatkan aku 😎😎

Ps//: Anyway aku masih lagi berminat sesiapa yang boleh share dengan aku macam mana nak cantikkan blog ni lagi boleh lah pm aku plss.

twitter :@Lovelysakinah💘
ig:@kiey_naa💕





SUKE?? COMMEN LAH =)

Posted by | BUDAK HINGUSAN | at 01:47 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Followers

CITT CETTT

ITS ME | 21

ITS ME | 21
BAHAGIA DENGAN CARAKU

CERITA SIMANJA

| Good Bye|

| selamat tinggal |
| sila datang lagi lain kali |
Powered by Blogger.